‘Kalau lambat buat rawatan, mungkin buta sebelah mata’ – Anak terkena jangkitan kuman dari kucing kurap

Kucing merupakan haiwan yang paling disukai ramai tidak mengira usia. Sifat semulajadi kucing yang manja, comel, lincah pasti memikat hati sesiapa yang melihatnya. Tetapi, disebalik sifat semulajadi itu, kita juga perlu berhati-hati dengan kucing yang berpenyakit seperti penyakit kurap. 
Seorang wanita berkongsikan kisah anaknya yang terkena jangkitan kuman pada mata. Puncanya dikatanya adalah daripada kucing kurap. Mujur si ibu ini cepat mendapatkan rawatan buat anaknya. Jika tidak, mata anaknya berkemungkinan akan buta sebelah. 
Dia juga menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak membiarkan anak-anak memegang atau menyentuh kucing-kucing yang terbiar atau berkurap. 

UPDATE terbaru Muhammad Airel Zakwan. Alhamdulillah lepas rawatan cuci dan letak cream antibiotik mata Airel dah kurang berair dan nanah pun tak ada dah. Kering dah lukanya. Tapi still kena continue buat rawatan sampai betul-betul sembuh. 
Mama risau sebab melibatkan mata. Kalau mama lambat buat rawatan kemungkinan Airel tak nampak sebelah. Allahuakbar. Maafkan mama sayang.
Bahaya kuman. Take note uolls. Jangan bagi anak pegang kucing terbiar atau berkurap. Antibodi anak  tak kuat macam kita orang dewasa. Sehari je kuman tu merebak cepat.
Terima kasih yang mendoakan Airel Zakwan. Mata dia berpunca dari kucing kurap yang dia pegang hari tu sebab dia tak takut kucing. Kucing yang takut dengan dia. 

So doktor nak tahan wad. Kuman dia kuat sebab tu dia merebak dengan cepat. Tapi mama tak boleh nak duduk wad sebab ada si debab Aida kat rumah. So Airel kena kuarantin jela kat rumah dulu sebab penyakit ini berjangkit. Tapi kena ler mama ulang alik klinik untuk sapu antibiotik kat mata dia.
Alhmdulillah kuman ni tak merebak dalam mata Airel, kalau tak, lagi teruk. Maafkan mama sayang tak dapat jaga Airel dengan baik. Bertabahlah mama.
Sumber: Norizan Acu

Sumber : TheReporter