Pocophone F1 Ditawarkan Pada Harga RM1199 Bersempena 12.12

Bersempena dengan jualan akhir tahun 12.12, pelbagai gajet ditawarkan pada harga diskaun. Tidak ketinggalan adalah Pocophone, dimana kini mereka menawarkan Pocophone F1 dengan potongan harga sebanyak RM100, menjadikan harga jualannya RM1199.

Dengan penawaran diskaun ini, ia sekaligus menjadikan telefon pintar ini salah satu telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki.

Pocophone F1 hadir dengan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang, selain sokongan imbasan infra-merah untuk nyah-kunci berasaskan wajah.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Pocophone F1 di Lazada hari ini, dan mendapatkannya pada harga RM1199.

Sumber : Amanz