Google Akan Menamatkan Google+ Untuk Pengguna Lebih Awal – Pada April 2019

Google pada bulan Oktober lepas telah mengumumkan yang mana mereka menemui kerentanan sekuriti pada perkhidmatan sosial Google+ mereka, sekaligus pada masa yang sama mengumumkan akan menghentikan penawaran Google+ untuk pengguna umum menjelang Ogos 2019 kelak.

Hari ini, perkara berkenaan berubah, apabila Google menemui masalah sekuriti baru yang memberikan impak kepada lebih 52.5 juta pengguna. Google mengatakan masalah pepijat sekuriti ini telah hadir melalui kemaskini pada November lepas, tetapi telah diatasi dalam tempoh seminggu. Tiada sebarang sistem di akses pihak ketiga, dan tiada bukti yang mana-mana pembangun aplikasi menyalahgunakan hal berkenaan ketika tempoh 6 hari berkenaan.

Google+

Google kini mempercepatkan penamatan penawaran Google+ untuk pengguna, dimana kini ia akan ditamatkan pada April 2019 kelak. Selain daripadanya, Google juga akan menamatkan penawaran Google+ API untuk pembangun dalam tempoh 90 hari lagi.

Google mengatakan kelak mereka akan berkongsi kaedah untuk pengguna memuat-turun data mereka daripada Google+ dan berpindah ke platform lain.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan Google+?

Sumber : Amanz