Kemaskini Android Pie Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Pocophone F1

Pocophone F1 merupakan salah satu telefon pintar yang hangat diperkatakan sepanjang tahun ini. Terkini, telefon pintar berkenaan juga menjadi antara yang terawal untuk menerima kemaskini sistem operasi Android terkini, iaitu Android 9.0 Pie.

Pocophone F1 Android Pie

Kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna, menawarkan kemaskini MIUI 10 terkini, termasuk sejumlah ciri-ciri terbaru. Bersama-sama dengannya, selain kemaskini Android Pie, ia juga menyertakan integrasi Google Lens pada kamera, serta beberapa fungsi baru yang lain.

Bagi anda yang tidak sabar menanti kemaskini OTA hadir ke Pocophone F1 anda, anda boleh memuat-turun dan memasang sendiri fail kemaskini berkenaan atas risiko sendiri.

Sumber : Amanz