BMW Group Iktiraf Pelajar Tempatan Jadi Pakar Teknologi Automotif, Ikat Kontrak 10 Tahun Kerja Di German

Seorang pelajar universiti tempatan membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya yang berjaya mendapat kontrak selama 10 tahun bersama jenama besar, BMW Group selepas berjaya ideanya diterima dalam membentangkan projek teknologi di Austria pada November lalu.

Franklin Lingga Ak Abun, Anak Dayak berasal dari Kapit merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang Kejuruteraan Mekanik dan Pembuatan.

Pelajar berusia 20 tahun ini merupakan salah seorang daripada 3 orang calon yang telah disenarai-pendek untuk membentangkan idea bagi projek teknologi semi-solar kepada panel hakim di Austria.

Walau bagaimanapun, projeknya telah disambut baik pihak BMW di sana dan sekaligus diiktiraf sebagai pakar teknologi automotif.

Franklin akan terbang ke Munich, German bagi memulakan tugasnya sebagai pakar teknologi automotif bersama BMW Group mulai 2021 sehingga 2031.

Sumber: Buletin Kapit, Sarawak

Sumber : SiakapKeli