Proba Angkasa Voyager 2 Kini Telah Memasuki Ruang Angkasa Antara Najam

Proba angkasa Voyager 2 telah dilancarkan pada 20 Ogos 1977. Selepas 41 tahun mengembara di angkasa lepas, NASA mengumumkan ini kini telah melepasi lapisan heliosfera dan telah memulakan perjalanan di ruang angkasa antara najam (intersellar).

Voyager 2 ialah objek buatan manusia kedua melepasi ruang antara najam selepas Voyager I pada tahun 2012. Menarik sekali ialah Voyager 2 dilancarkan 16 hari lebih awal berbanding kembarnya. Vogayer 2 mengambil masa lebih lama melakukan pengembaraan sejauh 18 bilion km dari bumi kerana diarahkan melawat planet Musytari dan Zuhal. Misinya kemudian dikemaskini bagi melawat planet Neptun dan Uranus.

Tidak seperti Voyager I, kelengkapan saintifik Plasma Science Experiment (PSE) pada Voyager 2 masih lagi berfungsi. Ia mampu menyukat arus dari angin suria untuk mengetahui kelajuan, ketumpatan, suhu dan tekanannya. Maklumat-maklumat ini kemudian akan dihantar ke bumi bagi membolehkan saintis mengetahui dengan lebih lanjut keadaan angkasa lepas di luar sistem suria kita.

Sumber : Amanz