Harga OnePlus 6T Edisi McLaren Tertiris – Berharga Lebih Dari RM3300

Seperti yang semua tahu, OnePlus akan melancarkan OnePlus 6T edisi McLaren pada minggu ini. Disebabkan ia adalah edisi khas, jadi harganya pasti akan lebih mahal dari variasi OnePlus 6T yang sedia ada. Terkini, harga OnePlus 6T edisi McLaren tertiris. Ia akan berharga lebih dari RM3300.

Harga yang tertiris ini adalah untuk pasaran Eropah. Di mana harga yang dinyatakan adalah dari €699 sehingga €709, iaitu sekitar RM3321 sehingga RM3369. Di Eropah, harga variasi yang paling tinggi buat masa ini adalah untuk 256/8 GB iaitu €629 (~RM2989). Harga ini adalah sama dengan set rasmi Malaysia.  Jadi, jika OnePlus 6T edisi McLaren masuk ke pasaran Malaysia – jangan terkejut jika harganya mencapai RM3300.

OnePlus 6T edisi McLaren hadir dengan warna cerun jingga di sisi serta rekaan berwarna hitam dengan kemasan gentian karbon di  dalam panel belakang. Kemudian sistem pengecasan pantas untuk McLaren adalah lebih pantas melalui Warp Charge yang memberi masa pengecasan pantas 20 minit untuk ketahanan sepanjang hari.

Sumber : Amanz