iFlix Memperkenalkan “iFlix Mobile Web” – Tonton Filem Dan Siri-TV Tanpa Perlu Log Masuk

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang membolehkan pengguna untuk menonton pelbagai filem dan rancangan televisyen melaluinya. Kini, selain memperkenalkan versi web dan aplikasi mudah-alih, iFlix hari ini turut memperkenalkan sokongan untuk menonton terus melalui pelayar web mudah-alih melalui apa yang mereka pasarkan sebagai iFlix Mobile Web.

iFlix Mobile Web

Menggunakan iFlix Mobile Web, ia menawarkan pengalaman lebih kurang sama seperti aplikasi mudah-alihnya – tetapi cuma membezakannya adalah pengguna tidak perlu log masuk unmtuk menonton rancangan percuma padanya.

Selain daripada itu, akses untuk iFlix Mobile Web ini hanya ditawarkan untuk pengguna peranti Android sahaja – sementara pengguna iPhone masih perlu memuat-turun aplikasi iFlix untuk menontonnya.

Pada masa yang sama, iFlix turut mengumumkan yang mana kini pengguna boleh menonton lebih 60 filem secara percuma pada platform mereka.

Layari : m.iflix.com

Sumber : Amanz