Pengolahan Awal Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Dari GIGABYTE Diperlihatkan

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 ialah diantara kad grafik yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Walaupun begitu, terdapat butiran yang masih tidak diketahui lagi mengenai kad grafik ini, seperti sokongan untuk Ray Tracing dan juga Deep Learning Super Sampling yang menggunakan teras Turing dan juga Tensor.

Akan tetapi, olahan awal untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 sudahpun tertiris ke arena web melalui VideoCardz. Dari segi rekaan, ia dilihat hadirdengan rangka berwarna hitam dan dua kipas penyejuk yang mengalirkan haba dari blok GPU.

Beberapa butiran khusus mengenai kad grafik juga diperlihatkan, seperti penggunaan cip pemprosesan grafik TU106 yang hadir dengan 1920 teras CUDA dan 6GB memori GDDR6. Kelajuan Turbo Boost kad grafik ini juga dikatakan akan dilewahjam, tetapi kelajuan asasnya ditetapkan pada 1.2GHz.

Kad grafik RTX 2060 GIGABYTE ini akan menggunakan satu palam kuasa PCIe 8-pin, tetapi kad grafik asas model ini akan memerlukan satu palam kuasa 6-pin sahaja.

Kad grafik ini dikatakan bakal hadir di pasaran dunia pada awal tahun hadapan, dan akan dilancarkan untuk pasaran komputer riba juga pada masa yang sama.

Sumber : Amanz