Dari Seorang Sniper Pasukan Pemberontak Yang Digeruni, Wanita Ini Bertukar Menjadi Ratu Cantik Digilai Ramai Lelaki

Siapa sangka, daripada seorang pembunuh hendap berhati sejuk yang ditakuti musuh, gadis ini yang juga anak yatim piatu bertukar menjadi seorang ratu cantik di tempatnya.

Olga Shishkina, 21, berasal daripada Ukraine terlibat dalam peperangan mewakili kumpulan pemberontak pro-Putin ketika konflik berdarah di Donetsk.

Bagaimanapun katanya, dia terlebih dahulu perlu membuktikan kesetiannya melalui medan perang kerana ada dalam kalangan anggota pasukan pemberontak menduduh dia sebagai ejen perisikkan Ukraine.

Namun semuanya berubah, namanya melonjak naik dan menjadi salah seorang pembunuh paling ditakuti dalam kalangan anggota penembak hendap pemberontak.

Pernah satu ketika, dia berjaya membunuh sasarannya daripada jarak 4,000 kaki (1219 meter).

Bercakap dalam satu wawancara, Olga yang mengimbas kembali penglibatannya dalam salah satu konflik berdarah paling ditakuti di Eropah Timur itu mendedahkan bahawa dia tidak menganggap sasarannya itu adalah manusia.

”Saya tidak membunuh ‘manusia’. Ia tidak tepat untuk berkata begitu. Bagi kami, anggota sniper, mereka bukan manusia tetapi sasaran. Saya kerap membunuh sasaran hidup, mereka adalah musuh. Saya tidak pernah fikir siapa yang saya bunuh itu.

”Saya tidak pernah fikir sama ada mereka mempunyai ibubapa, isteri atau anak. Ini adalah peperangan. Cara ini lebih memudahkan saya.

”Saya tidak merasa malu dan tidak merasa kasihan. Saya bukannya membunuh orang awam,” katanya.

Baru-baru, setelah berpindah unit, Olga sempat hadir dalam satu sesi awal pencarian ratu cantik yang dikenali sebagai ‘Lady Of Republic’.

”Saya melepasi pemilihan awal dan menjadi lebih yakin. Setelah menemui lebih ramai manusia, saya menyedari ada kehidupan lain selain menjadi seorang tentera,” katanya.

Olga berjaya memenangi kategory ‘Lady Transformation’, satu kategori khas untuk wanita-wanita yang pernah menjadi askar dan beralih arah ke pertandingan ratu cantik. Olga berjaya memenangi hadiah sebuah komputer riba serba canggih.

Menurutnya, hadiah tersebut boleh membantu untuk dia memulakan hidup baru sebagai seorang peniaga. Selain itu, dia berhasrat untuk meninggalkan dunia sniper dan mahu mendirikan rumah tangga.

Olga turut memberitahu bahawa dia mempunyai seramai 14 orang adik beradik, yang semua diserahkan kepada rumah anak yatim.

Stau ketika, ayahnya datang kembali mengambilnya sebelum terkontang-kanting pada usia 5 tahun setelah kematian ayah. Dia kembali ke bawah jagaan kerajaan.

Dengan rumah rumah anak yatim yang didiaminya berada di tengah-tengah zon peperangan pada 2014, dia membuat keputusan untuk menyertai pasukan pemberontak namun tidak diterima kerana baru berusia 17 tahun selain faktor jantina.

Kemudian, bandar yang didiaminya ditawan angkatan tentera Ukraine.

”Sesiapa sahaja yang menentang rejim Kiev akan ditahan. Tekanan wujud dimana-mana sahaja dan saya sedar saya tidak boleh hidup begitu lagi.

”Sebaik sahaja saya mencapai umur 18 tahun, saya mencuri pasport saya dan meninggalkan rumah anak yatim itu. Saya menuju ke bandar Horlivka, bandar dibawah kawalan pasukan pemberontak.

”Pada awalnya mereka meragui kehadiran saya. Dituduh sebagai pengintip dan diletakkan di bawah pengawasan selama sebulan.

”Kemudian, saya mula diterima dan diajar dengan taktik peperangan sniper sebelum dihantar ke barisan depan,” katanya lagi.

Setelah keadaan kembali tenang, Olga kini memulakan perniagaan kafe sendiri dan merancang untuk berkahwin dengan pemuda yang dikenalinya ketika berjuang bersama-sama di medan perang.

Sumber : Dailymail

Sumber : SiakapKeli