Samsung Memfailkan Tanda Dagang Sistem Rantaian Blok Untuk Kegunaan Peranti Pintar

Adakah Samsung akan mengikuti langkah HTC dan melancarkan peranti untuk kriptowang? Menurut laporan Sammobile, Samsung telah memfailkan tanda dagang untuk tiga sistem rantaian blok yang mungkin akan digunakan pada peranti pintar mereka. Blockchain KeyStore, Blockchain key box dan Blockchain Core ialah frasa-frasa yang telah difailkan untuk tanda dagang di Kesatuan Eropah.

Penggunaan frasa rantaian blok ini adalah petanda paling jelas sistem kriptowang mungkin diperkenalkan pada peranti Galaxy di masa hadapan. Walaupun nilai dan kehangatan kriptowang telah menyusut mendadak sejak setahun yang lalu, Samsung masih mempunyai minat untuk menyokong sistem ini.

Sumber : Amanz