Huawei Mate 20X Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM2899

Huawei Mate 20X merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada Huawei yang hadir dengan penawaran skrin dan bateri yang besar. Ia ditujukan kepada mereka yang menikmati multimedia pada telefon, dan menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Antaranya adalah pengoptimasian untuk permua, selain turut hadir dengan sokongan stylus yang memudahkan pengguna untuk membuat catatan nota padanya.

Huawei Mate 20 X

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 7.2-inci dengan resolusi HD+ penuh, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang seumpama Mate 20 Pro, selain kamera swafoto 24-megapixel. Telefon ini juga turut hadir dengan bateri 5000mAh, dan menjalankan sistem operasi Android 9.0.

Telefon ini ditawarkan pada harga RM3199 di Malaysia. Tetapi, bersempena dengan jualan 12.12 hari ini, pengguna boleh membelinya di Lazada pada harga serendah RM2899 dengan penggunaan kod LZD300M20X.

Beli : Huawei Mate 20 X

Sumber : Amanz