Nokia 7 Mula Menerima Android Pie Dan Nokia 8 Pula Mula Menerima Ujian Beta

Nokia kembali ke dunia telefon pintar dua tahun yang lalu dengan janji akan memberikan kemas kini yang pantas kerana menggunakan Android Asli. Janji mereka dikotakan lagi pagi ini selepas Nokia 7 pula menerima kemas kini ke Android Pie. Kemas kini hadir selepas Nokia 7.1 juga mula menerima Android Pie.

Buat masa ini kemas kini hanya diterima oleh pengguna di China dengan saiz muat turun melebihi 3GB. Kepada pengguna Nokia 8 pula, program Android Pie Beta baru sahaja dimulakan. Nokia kerap kali memberikan kemas kini ke versi penuh beberapa minggu selepas ujian Beta dilakukan. Besar kemungkinan peranti mercu ini akan mula menerima Android Pie sebelum berakhirnya 2018.

Sumber : Amanz