‘Terima kasihlah perokok kerana aniaya anak kecil ini’

Sudah banyak kali ditegur, sudah banyak kali juga kes-kes penganiayaan golongan perokok terhadap bayi diviralkan, sampai bila masalah pencemaran udara dari golongan ini akan berhenti sepenuhnya? 
Anak kecil yang baru nak merasa hidup ini dijangkiti kuman di paru-parunya akibat terhidu asap rokok dari perokok yang tidak bertanggungjawab. Bermula dengan batuk-batuk, dalam dua hari saja si kecil ini terus mengalami sesak nafas. 
Menurut ibunya, Balkis Kunhi, ini merupakan kali kedua anaknya mengalami masalah itu dan kali pertama kes adalah ketika bayinya berusia tiga bulan. 
RAMAI mesej tanya kenapa. Okey, Juwita kena lung infection ‘Bronchiolitis’ which is ini kali kedua Juwita kena. First masa umur tiga bulan. 
This time kuman itu develop cepat sangat. Hari Sabtu batuk-batuk, Ahad malam terus sesak dada. Dada ketat saja. Padahal masa pagi Ahad pergi klinik, doktor check airway semua okey. Ambil neb seperti biasa.
Aku siap tanya, “Doktor, confirm eh bukan pneumonia or bronchio?”, doktor kata bukan. 
Tetapi malam itu, Juwita terus lain dan bila ibu sendiri dah menangis teruk tengok anak semacam, bermaksud ada sesuatu yang tak kena dengan anak. Naluri ibu. 
Pergi klinik semula, ambil neb pun masih tak okey. Doktor check, terus doktor kata “Paru-paru doesn’t look good. Probaly lung infection”. 
Okey, sedih sangat. Terus doktor bagi surat refer hospital. Di Jabatan Kecemasan pun doktor terkejut, Juwita baru dua hari batuk tetapi paru-paru dia berkahak macam orang dah lama batuk selesema. 
Terima kasihlah kepada perokok-perokok sedunia. Ketidakperihatinan anda sangat menganiaya anak kecil ini. 
Walaupun ibu memang bawa jauh-jauh Juwita, tapi apakan daya udara itu luas. Duduk jauh macam mana pun sampai juga. 
Asap rokok adalah salah satu punca. Kau nak hisap rokok, kau tengok kiri kanan. Aku yang tua ini pun sesak nafas, apatah lagi budak kecil. Takkan sebab kau merosakkan udara aku kena simpan anak aku dalam rumah? Tak berkembang anak aku. 
Please la ye, pakai otak sikit. Orang nak keluar rumah sekarang pun dah takut. Dan kalau rasa diri tak sihat pun, jangan dekat-dekat dengan anak kecil. Sekian. 
Sumber: Balkis Kunhi

Sumber : TheReporter