Unifi Mobile Kini Menawarkan Pelan Pascabayar Bermula RM19 Sebulan

Unifi Mobile merupakan salah satu perkhidmatan telekomunikasi yang hadir daripada pihak Telekom Malaysia. Sebelum ini, mereka telah hadir dengan penawaran pelan prabayar untuk Unifi Mobile, selain pelan pascabayar tanpa had pada harga RM99 sebulan.

Hari ini, seperti dijanjikan beberapa hari lepas, Unifi Mobile turut memperkenalkan beberapa pelan baru dibawah pelan pascabayar Unifi Mobile yang dinamakan sebagai “Value Plan”.

Dibawah pilihan pascabayar baru ini, sebanyak empat pelan baru diperkenalkan, iaitu Unifi Mobile 19, 29, 39 dan 59. Berikut merupakan penawaran yang dibawakan oleh pelan berkenaan:

  • Unifi Mobile 19 – 2GB data (1GB LTE + 1GB 3G) dan 5 minit panggilan.
  • Unifi Mobile 29 – 3GB data (2GB LTE + 1GB 3G) dan 50 minit panggilan.
  • Unifi Mobile 39 – 5GB data (4GB LTE + 1GB 3G) dan 50 minit panggilan.
  • Unifi Mobile 59 – 10GB data (9GB LTE + 1GB 3G) dan 100 minit panggilan.

Semua pelan juga turut hadir dengan 25 SMS percuma, selain kebolehan untuk menambah-nilai untuk membeli data tambahan selepas kuota yang diberikan habis digunakan. Pengguna juga tidak tertakluk kepada sebarang kontrak – membolehkan anda membatalkan talian pada bila-bila masa.

Walaupun tanpa kontrak, pelanggan masih tertakluk untuk membuat bayaran pendahuluan untuk melanggan pakej berkenaan. TM turut mengatakan pengguna boleh meneruskan penggunaan data pada kelajuan 128kbps selepas kehabisan kuota – sekiranya anda tidak ingin membeli sebarang data tambahan.

Unifi Mobile RM19

TM juga turut menekankan yang mana pengguna iOS akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM0.50 untuk mesej yang diterima bagi pengaktifan iMessage dan FaceTime pada peranti mereka.

Bagi pelanggan yang berminat, boleh menyemak penawaran terbaru TM ini melalui laman rasmi mereka – selain turut memastikan anda mempunyai telefon dengan sokongan Band 5 sebelum mendaftar untuk talian ini.

Sumber : Amanz