375 ekor kucing menunggu masa untuk disembelih berjaya diselamatkan selepas ditemui lelaki ini yang mencari kucingnya

Hasrat seorang lelaki mencari kucingnya yang hilang, berakhir dengan penemuan ratusan ekor kucing dipercayai dicuri dari pemiliknya, di dalam rumah penyembelihan haram di utara timur China. 

Dalam kejadian 1 Disember itu, sebanyak 375 ekor kucing ditemui lelaki itu yang mencari kucingnya di bandar Tianjin, sebelum menghubungi China Animal Protection Power (CAPP) untuk datang membantu. 
Apabila mereka memasuki premis itu, mereka menemui haiwan itu dikurung dalam sangkar kecil di mana kebanyakan haiwan itu nampak kurus dan tidak sihat. 
Menurut aktivis CAPP, pihaknya telah lama mengesyaki berlaku penganiayaan terhadap haiwan itu di kawasan tersebut, namun gagal mengesannya. 
Difahamkan, kucing milik lelaki berkenaan hilang dua minggu lalu dan dia yakin kucing peliharaannya itu telah diculik oleh sindiket yang menjual daging anjing dan kucing. 
Di premis itu, mereka juga menemui bulu kucing dan sebahagian anggota badan kucing yang telah disembelih. 

“Tiada pemintaan untuk daging kucing di utara China di mana kucing-kucing ini ditemui tetapi kami percaya daging haiwan ini adakalanya dijual secara terbuka di tepi jalan dan kebanyakan dagingnya dibekalkan ke Guang dan Guangxi di selatan China,” katanya. 

Polis kini sedang menyiasat premis tersebut dan kesemua kucing-kucing yang teraniaya itu telah diambil dan ditempatkan di rumah perlindungan haiwan di Tianjin dan Beijing. – Daily Mail

Sumber : TheReporter