Faktor Harga Menyebabkan Apple Sukar Mengembangkan Jualan iPhone Di India

Apple melihat India sebagai pasaran yang mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan jualan iPhone. Oleh itu kilang telah dibuka di India  tahun lalu bagi mendapatkan insentif Made in India bagi mengurangkan harga jualan peranti. Sungguhpun begitu Apple masih gagal meningkatkan jualan mereka di India sehingga beberapa eksekutif telah meletakkan jawatan.

Menurut laporan Wall Street Journal, faktor utama kegagalan Apple mengembangkan jualan adalah kerana harga peranti yang terlalu mahal. Setiap 1 dalam 4 warga India memiliki telefon pintar, tetapi segmen jualan tertinggi adalah peranti di dalam lingkungan $250. Hanya iPhone SE sahaja dijual pada harga ini manakala peranti lebih terkini mencecah $1950 sebuah.

Ini sebenarnya tidak mengejutkan memandangkan India ialah negara membangun yang tidak terkenal dengan kewewahan. Sejak kebelakangan ini Xiaomi mencatatkan jualan tertinggi di India kerana peranti mereka yang amat mampu milik sesuai dengan majoriti pengguna di India. Mereka telah memintas Samsung sebagai pengeluar peranti dengan pasaran terbesar. Pada waktu yang sama jualan menurut Canalys, jualan iPhone telah menurun 40% jika dibandingkan dengan tahun 2017.

Sumber : Amanz