‘Lantik Najib jadi ketua pembangkang sementara Zahid bercuti dari jawatan Presiden UMNO’ – Lokman

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, akan mengambil alih tugas-tugasnya berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan itu dibuat setelah mendapat banyak desakan dari pihak parti, selain bagi menyelamatkan UMNO daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar dari parti. 
“Jika benar saya menjadi punca utama (wakil rakyat lompat parti), maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah sebaik-baiknya untuk saya berikan kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas presiden,” katanya. 
Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam mencadangkan agar bekas presiden UMNO, Najib Razak dilantik sebagai ketua pembangkang ketika Zahid bercuti daripada jawatan presiden. 
Lokman mahu Najib menjadi pemimpin de facto UMNO dalam tempoh kritil ini di mana UMNO perlukan khidmat seorang pemimpin yang berpengalaman dan dihormati oleh anggota-anggota Parlimen BN yang masih belum melompat. 
“Atas dasar itu, selaku anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO saya mencadangkan agar Datuk Seri Presiden UMNO, melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketua umum UMNO dan ketua pembangkang, sementara presiden UMNO bercuti,” katanya. 
Pelantikan itu katanya sangat penting bagi memastikan kestabilan UMNO memandangkan lebih dari separuh anggota UMNO yang telah mengundi Zahid sudah pasti tidak boleh menerima kepimpinan Mohamad Hasan. 
Menurut Lokman, Mohamad tidak pernah mempertahankan Presiden UMNO ketika beliau diserang oleh pihak yang menuntut Zahid bercuti. Selain itu, Lokman turut menyuarakan rasa dukacitanya terhadap keputusan Zahid untuk bercuti di mana kpeutusan itu merupakan satu kemenangan besar kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Sumber: MalaysiaKini

Sumber : TheReporter