‘Ucapan takziah sudah memadai, no need to romanticize his death’ – Netizen

Ramai yang berduka dengan berita pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang dipukul perusuh sehingga cedera parah di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lalu. 
Semalam, The Comic Geek Artist, memuat naik gambar lukisan ‘Pelamin Air Mata’ di Instagramnya dengan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan tunangnya, Nurul Najihah Radzi. 
Bagaimanapun, ramai netizen yang menganggap lukisan itu tidak wajar diterbitkan bagi menghormati keluarga mangsa dan tunangnya. 
“Please stop romanticizing someone’s death. Korang ni buat macam tunang dia tu tak ada masa depan. Maybe jodoh diorang sampai sini je. Tunang dia tu umur still panjang dekat dunia ni overtime dia akan jumpa jodoh dia. Korang buat macam ni, seolah-olah dia kena membujang sampai tua. 
“Ada banyak cara lain yang boleh dibuat selain daripada ini. Ni macam kau pergi tabur garam dekat luka, makin sakit jadinya. Buatnya tunang dia tengok ni, tak ke makin sedih dia. Haishh!” kata @_nikek. 
“Pemergian Adib meruntun hati semua pihak sama ada yang mengenali Allayarham secara peribadi atau tidak. Trend mendramaTV3kan kematian orang lain mengikut rencah rempah ratus kita sendiri eloklah dihentikan. 
“Tunang beliau masih dalam tempoh berduka. Usahlah dilaratkan lagi dengan elemen-elemen emosi dan sentimental yang tak perlu dan tak membantu,” kata @ATMology. 
“Memang tunang dia saja ke yan terkesan? Sepatutnya ibu dia yan terkesan, bukan tunang dia. Tunang dia akan kahwin lain juga in the end. Nikah di syurga? Wait, you mean his fiance won’t married in he entire life? Please think before drawing. You art is quite touching me but the purpose  isn’t suitable with this situation. Delete it please,” kata @afwals. 

Sumber : TheReporter