Gara-Gara Sembunyi Masuk Dalam Kotak, Wanita Tak Sengaja Pos Kucingnya Sejauh 1200 KM

Alahai, nasib malang menimpa seekor kucing comel apabila haiwan itu dilaporkan secara tidak sengaja telah dipos sejauh 1200 kilometer (km) merentasi Kanada.

Kucing bernama Baloo dari Halifax itu pada mulanya telah masuk ke dalam sebuah kotak yang akan dihantar oleh tuannya ke Alberta, Kanada.

Pemiliknya, Jackie Lake yang tidak menyedari haiwan kesayangannya berada dalam kotak tersebut, telah membungkus kotak itu dan membuat penghantaran pada 6 Disember lalu.

Gambar : CT News
Baloo – CTV News

Keesokkannya, dia mendapati Baloo telah hilang dan mereka sekeluarga yang panik telah mencarinya di sekitar kawasan rumah tapi tidak menjumpai haiwan berkenaan.

Mujurlah seorang pemandu sebuah syarikat penghantaran berasa hairan kerana terdapat kesan air kencing di dalam traknya.

Rupa-rupanya, Baloo telah terperangkap di dalam kotak tersebut sepanjang 17 jam dan pemandu tersebut lantas menghubungi pusat perlindungan haiwan untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Baloo setelah berjaya pulang ke pangkuan ahli ‘keluarganya’ – CTV News

”Saya tidak boleh berhenti mengucapkan terima kasih kepada mereka ini yang telah membantu saya.

Mereka sangat menjaganya dengan baik, saya sangat bersyukur,” kata Luke.

Luke berkata, anak-anaknya menangis kegembiraan setelah Baloo kembali. Dia tidak berhenti dari memeluk kucing itu dan berkata maaf kepadanya di atas kecuaian tidak menyedari Baloo berada dalam kotak berkenaan.

Sumber : CTV NEWS ATLANTIC

BACA: Amritsar Dan Jaipur, Senarai-Senarai Lokasi Yang ‘Super Cantik’ Tapi Ramai Pelancong Tak Tahu Ada Di India

Sumber : SiakapKeli