Laporan Truecaller Menunjukkan Jumlah Panggilan Spam Telah Meningkat Sebanyak 300 Kali Pada Tahun 2018

Aplikasi saringan panggilan spam Truecaller ialah sebuah aplikasi yang memberitahu anda jika nombor yang tidak dikenali yang sedang memanggil anda ialah nombor talian spam ataupun tidak.

Baru-baru ini, Truecaller baru sahaja melaporkan bahawa jumlah panggilan spam di seluruh dunia pada tahun 2018 meningkat 300 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelum ini,

Dari bulan Januari sehingga ke Oktober, Truecaller mengatakan bahawa para pengguna mereka menerima 17.7 billion panggilan spam di seluruh dunia, dan sebuah panggilan dikira sebagai spam jika ia dilaporkan oleh teknologi anti-spam Truecaller, ataupun jika pengguna Truecaller sendiri melaporkan sebuah panggilan itu sebagai sebuah panggilan spam.

Apa yang lebih menarik di sini ialah jumlah panggiln spam berubah dari negara ke negara. Seperti misalnya, Amerika Syarikat yang merupakan negara kedua tertinggi yang menerima panggilan spam di dunia pada tahun 2017 kini turun sehingga tangga kelapan, dengan purata 17 panggilan spam sehari, manakala Brazil dikatakan menerima jumlah panggilan spam tertinggi di dunia pada tahun ini, dengan purata 37 panggilan sehari.

Akan tetapi, laporan Truecaller hanya mengambil kira panggilan-panggilan spam pengguna mereka, dan tidak termasuk mereka yang mungkin akan menggunakan perisian lain untuk menghalang panggilan spam tersebut.

Sumber : Amanz