(Video) Pukul 8 Pagi Di Seluruh Dunia, Inilah Pengangkutan Yang Digunakan Orang Ramai Ke Tempat Kerja

Bangun pagi dan kemaskan diri, bersarapan dan panaskan enjin, mungkin menjadi rutin harian kita setiap hari. Sama ada menggunakan kenderaan peribadi atau pengangkutan awam, hari-hari yang dilalui setiap pagi sama sahaja.

Pernah tak anda bertanya, apa yang dilalui oleh penduduk-penduduk di dunia lain setiap pagi untuk ke tempat kerja? Semuanya naik kereta seperti kita ke? Atau ada kenderaan lain yang mereka guna.

Anda tentu terkejut. Sebenarnya, pada bahagian tertentu dunia, ada yang menggunakan perkhidmatan kereta kabel sebagai pengangkutan awam. Berikut adalah aktiviti manusia setiap pukul 8 pagi di seluruh dunia.

1. Mumbai, India

Kami pasti, anda sudah sedia maklum bahawa pengangkutan utama di negara ini adalah kereta api. Suasana bingit di negara dengan penduduk melebihi 1 bilion ini menyaksikan perkhidmatan kereta api di sana digunakan secara optimum, kadang-kala sehingga mengabaikan aspek keselamatan.

Setiap gerabak dipenuhi dengan manusia dan pintu kereta api ini jarang ditutup. Setiap hari, perkhidmatan kereta api ini digunapakai lebih daripada 7.5 juta penumpang. Malah, pada waktu tertentu ada penumpang yang sanggup menggadai nyawa sehingga sanggup duduk di bahagian bumbung.

Paling mengejutkan adalah ketika musim hujan, apabila ada stesen kereta api ini treknya dipenuhi air. Apabila kereta api menghampiri stesen, airnya akan tepercik membasahi para penumpang diluar. Anda boleh saksikan keadaan tersebut melalui video bawah.

2. Ho Chi Minh City, Vietnam

Di Vietnam, penduduknya lebih gemar menggunakan motosikal jenis skuter setiap hari untuk bergerak. Terutamanya ketika waktu pagi untuk ke tempat kerja. Maka tak hairanlah, suasana jalan raya di sana sentiasa padat dengan skuter dan anda bakal menyaksikan suasana seolah-olah tidak terkawal ketika di bahagian jalan yang mempunyai simpang.

Anehnya, kemalangan jarang berlaku. Mungkin semua sudah pun mahir untuk memandu dalam situasi jalan raya begitu. Munurut Insider pada 2016 dianggarkan terdapat sekitar 7.4 juta skuter dibandar Ho Chi Minh, menyamai jumlah penduduk di situ.

3. La Paz, Bolivia

Bagi kami, penduduk di bandar La Paz mungkin mempunyai sistem pengangkutan yang paling unik kerana mereka menggunakan kereta kabel, Mi Teleferico untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Kereta kabel ini memberi perkhidmatan utama kepada penduduK La Paz pada ketinggian 13 ribu kaki dari paras laut setiap hari.

Semuanya disebabkan bandar La Paz merupakan sebuah bandar yang terletak di antara gunung, dengan sesetengah bangunan dibina di lereng-lereng bukit. Jadi dengan menggunakan kereta kabel yang merentasi bumbung rumah penduduk, kami fikir ia adalah satu pengalaman yang tidak mungkin kita dapat rasai setiap hari.

Bila kali terakhir anda naik kereta kabel?

4. Tokyo, Jepun

Sebagai sebuah negara maju yang sangat efisyen serta rakyat yang sangat disiplin, rasanya Jepun tidak mempunyai sebarang masalah dengan sistem pengangkutannya. Malah, Jepun sendiri pun terkenal dengan perkhidmatan kereta api laju atau Bullet Train yang terkenal di seluruh dunia.

Begitupun, di Tokyo penduduhkan lebih gemar untuk berjalan kaki ketika bergerak ke tempat kerja. Malah, satu simpang jalan raya di bandar Tokyo, Shibuya Crossing cukup terkenal di seluruh dunia sebagai persimpangan paling sibuk dunia bagi penjalan kaki.

Walaupun digunakan oleh ratusan pengguna jalan kaki setiap hari, jalan raya di Jepun tetap tersusun dengan kemas dan kemalangan pun tidak kerap berlaku.

5. Amsterdam, Belanda

Dikenali sebagai negara kedua paling mesra basikal di dunia, maka penduduk di Amsterdam memang terkenal sebagai antara masyarakat yang sring menggunakan basikal untuk bergerak, termasuklah ketika menuju ke tempat kerja.

Paling penting, di bandar Amsterdam sendiri sebenarnya terdapat lebih banyak basikal daripada penduduk. Mereka menggunakan basikal tanpa mempedulikan cuaca di luar, sama ada bersalji ataupun cerah, basikal tetap digunakan.

Satu masalah yang dihadapi apabila basikal ini rosak, kebanyakkan hanya dihumban ke dalam sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dianggarkan sebanyak 12 sehingga 15 ribu basikal rosak dibuang setiap tahun kedalam Terusan Amsterdam. Mat Saleh pun tak sayang sungai juga rupanya.

6. Bangkok, Thailand

Di bandar Bangkok ini, pengangkutan air menjadi pilihan utama rakyatnya untuk bergerak bagi mengelak kesesakkan jalan raya yang berlaku di tengah-tengah kota.

Deretan bot-bot memasuki lorong-lorong air kecil di Sungai Chao Phraya untuk mengambil penumpang dan membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju.

7. Ottawa, Kanada

Luncur ais. Ya, itulah cara utama penduduk-penduduk di bandar Ottawa bergerak ketika musim sejuk. Semuanya gara-gara terusan utama yang mengalir di tengah-tengah bandar, Terusan Rideau tersebut menjadi beku.

Sepanjang 4.8 batu, terusan ini menjadi terusan beku terpanjang di dunia, sekaligus menjadi trek ski semula jadi yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk tempatan untuk bergerak.

Jika anda diberi pilihan, pengangkutan mana yang anda paling teringin untuk mencuba satu hari nanti?

Sumber : Insider

Sumber : SiakapKeli