Budak 9 tahun bernikah dengan remaja perempuan 14 tahun

Viral di media sosial gambar pasangan pengantin kanak-kanak mengundang pelbagai reaksi netizen di Indonesia. 
Difahamkan, pengantin lelaki itu berusia 9 tahun, manakala pengantin perempuan yang mengenakan gaun putih itu pula berusia 14 tahun. 
Di belakang pelamin mereka pula tergantung poster yang tertera “Happy Wedding Suudi & Nur-Janna”, juga diselit dengan gambar pra perkahwinan mereka. 
Gambar yang lain pula menunjukkan pasangan itu menyilang tangan masing-masing ketika mahu minum air dari cawan. Di hadapan mereka pula ada sebiji kek dua tingkat berwarna merah jambu. 
Tidak diketahui sama ada gambar itu benar-benar di ambil dari majlis pernikahan mereka. Tetapi jika dilihat pada gambar-gambar lain, kelihatan ada beberapa tetamu yang datang menghadiri majlis tersebut membawa kad dan hadiah. 
Sementara itu, netizen mempersoalkan pernikahan pasangan itu terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga, apatah lagi menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. 
“Di mana kejadian ini? Apa guna kerajaan negeri? Hetikan pernikahan ini untuk masa depan bangsa,” kata netizen. 
Berita pernikahan Suudi dan Nur-Janna ini memberi tamparan yang hebat kepada Kerajaan Indonesia, di kala Kementerian Wanita dan Kanak-kanak sedang dalam usaha membantah perkahwinan yang melihatkan kanak-kanak. 
Sumber: Okezone

Sumber : TheReporter