‘Tengah makan, terdengar orang kibas kain di belakang pokok’ – Misteri Gunung Tahan

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
HATRIK yang aku buat sejak tahun 2011 hingga 2013, aku naik Gunung Tahan tiga tahun berturut-turut dan ikut trek yang berbeza. 
First, aku naik merapoh-rapoh. Second, aku naik merapoh Kuala Tahan dan third Kuala Tahan – Merapoh. Setiap trip yang aku tempuh ada misteri masing-masing walaupun aku tak kena secara direct, just sipi-sipi. Tetapi kawan-kawan aku yang kena memang seram. 
Untuk first trip, kawan aku tiga orang tengah jalan di Permatang menghala ke kem kor time maghrib. Diorang rasa macam ada orang ramai-ramai lalu, tetapi tak nampak kelibat. Hanya rasa macam angin. Aku difahamkan kawasan itu adalah kawasan bunian. 
Pada malam yang sama juga, aku dan group aku terpisah dengan group depan. So, on the way ke Kubang selepas Belumut dan waktu itu time maghrib juga, aku dengan kawan-kawan stop sekejap sebab kawan aku kononnya tangan terkena duri.
Ketika aku tengah berehat dengan kawan-kawan sambil berdiri, kawan aku yang berada di depan itu pun azan. Selepas azan, masih lagi tak jalan. Tetapi semua orang resah dan gelisah sampai aku pun naik pelik juga. Rupa-rupanya kawan aku yang kat depan itu stop sebab dia nampak benda putih kat tepi trek dan kawan aku yang kat belakang sekali itu nampak pocong berdiri di belakang kawan aku yang seorang lagi. Kawan-kawan aku ni cerita tentang benda ini selepas dah keluar dari hutan. 
Second time aku naik ikut Merapoh-Kuala Tahan. Trip kali ini memang happening dengan kawan-kawan aku yang suka sangat melalak, menyanyi dan aku just dengar sajalah.
Kejadian pertama berlaku di kubang iaitu sebelum Belumut. Aku dan kawan-kawan terpaksa tidur di Kubang sebab  guider tak nak ambil risiko berjalan di waktu malam. Masa itu pula musim hujan. Jadi aku dengan kawan-kawan aku walaupun tak rela terpaksalah juga ikut. 
Selepas makan malam dan sembang-sembang sampai larut malam, masing-masing pun mulalah tarik sleeping beg. Tengah kawan aku, Abang Zack, tidur-tidur ayam itu dia ternampak 3-4 orang berjubah putih turun dari bukit tak jauh dari fly tidur dia. Lagaknya macam orang alim-alim gitu. Makhluk itu ajak Abang Zack ikut diorang, tapi dia tak nak dan terus terlena.
Keesokan paginya dia ceritakan perkara itu kepada guider di depan aku dan kawan-kawan yang lain. Ada seorang kawan aku beritahu malam tadi dia terjaga sebab terdengar ada orang mengigau tetapi tak tahu siapa. Guider itu beritahu di situ memang ada kelibat makhluk berjubah itu sebab guider aku dulu pun pernah kena tegur dengan makhluk tersebut sebab buat bising di malam-malam buta. 
Kejadian kedua berlaku semasa kawan aku turun dari pangkin atas ke bawah. Waktu itu aku jalan dengan dia sebab aku takut turun ikut batu-batu. Jadi, dia tolong aku jaga step. 
Masa dia tengah turun itu, dia terdengar suara kawan aku, Kak Kay. Tapi masa itu Kak Kay tu punyalah jauh yang amat ketinggalan di belakang. Jadi, memang mustahillah boleh dengar suara orang lain sebab hanya aku dan dia saja pada waktu itu. Kawan aku just buka cerita semasa kitorang dah sampai kem melantai sebab dia tak nak kami semua takut. Rupa-rupanya di area situ, guider aku kata kalau ada orang bagi salam, silalah jawab sebab kawasan situ memang ada penunggu. 
Kejadian ketiga berlaku di Kem Puteh yang mana aku tidur bawah fly dengan dua orang lagi kawan. Aku tidur paling tepi. Aku rasa malam itu sejuk saja sebab siap bungkus satu badan dengan sleeping bag dan tengah malam aku terjaga sebab dengar kawan aku bawah fly lain mengigau. Aku buat dek sajalah. Rupa-rupanya kawan sebelah aku tak tidur semalam sebab dia rasa panas sangat dan rasa macam ada benda duduk tengok kami bertiga dari hujung kepala fly. 
Aku dengan kawan-kawan lain anggap itu hanya mainan perasaan sahaja sebab semua dah penat sampai tak larat nak fikir hantu-hantu ini semua. 
Pada waktu siang pula, dua orang kawan perempuan aku tengah jalan turun dari Gunung Rajah menghala ke Kem Melantai. Masa diorang berdua tengah berjalan, tiba-tiba ada suara yang memanggil salah seorang seorang dari mereka berdua. Memang diorang dengar dengan jelas suara itu memanggil. Apa lagi, jalan laju tak toleh-toleh ke belakang dah. Nak lari tak larat sebab beg berat. 
Masa itu aku dah jalan jauh ke depan dengan kawan yang lain. Kawan aku hanya berani beritahu kisah ini selepas kami semua keluar dari hutan sebab dia pun takut sejak kejadian itu di mana namanya dipanggil. 
Kejadian seterusnya berlaku di Kem Melantai waktu malam di mana kawan aku yang seorang ini makan lewat sikit dari kawan-kawan yang lain. Masa itu dia seorang saja yang menghadap makanan sebab yang lain semua dah duduk bawah fly sembang-sembang. 
Tengah dia makan, terdengar macam ada orang kibas kain di pokok belakang dia. Apa lagi, terus dia lari masuk bawah fly. Kawan-kawan yang lain tengok dia tiba-tiba berlari tanyalah kenapa. Dia kata di luar sejuk sangat sebab itu dia masuk bawah fly. 
Malam itu juga ketika semua orang lena, Abang Zack terjaga dan terdengar seperti ada pesta air di sungai tepi kem site itu. Kawan aku yang tidur sebelah aku pula dengar macam ada bunyi sayap besar di pondok jamban tepi bukit itu. Aku macam biasa tidur di tepi sekali memang akan terjaga dan tarik sleeping bag sampai tutup kepala sebab rasa seram pada masa itu. 
Disebabkan penat tahap gaban, aku dan kawan-kawan dah tak terlayan dengan semua gangguan itu. Kejadian yang berlaku di Kem Puteh dan Melantai, kawan-kawan cerita masa dah keluar dari kawasan Taman Negara. 
Third trip aku naik dari Kuala Tahan ke Merapoh. Kali ini gangguan tak banyak seperti second trip sebab guider yang bawa kitorang itu tak bagi lepak lama-lama di kawasan yang berisiko akan diganggu. Dia siap kata,
“Kawasan ini keras, tak boleh berhenti lama-lama.” 
So kalau dah dengar macam tu, apa lagi, jalan sajalah. 
Kejadian pertama berlaku pada kawan aku semasa dia dalam perjalanan dari Gedung ke Puncak Tahan. Ada macam kawasan hutan, jadi dia tertidur sambil menunggu kawan-kawan yang lain dan masa inilah dia kena kacau. Tetapi dia tak nak cerita, dia cuma kata tempat itu bahaya, dia main usik-usik pula. Dah dengar dia kata begitu, aku pun tak beranilah nak jalan jauh-jauh dari kawan-kawan yang lain. 
Masa aku turun dari puncak nak ke bonsai, time ini aku jalan seorang-seorang sebab kawan aku kat depan dah jauh tinggalkan aku. Nak tunggu yang belakang, rasanya macam jauh sebab aku dah cuba tunggu dalam lima minit tetapi diorang tak sampai-sampai juga. 
Time aku jalan tu memang rasa seram itu ada sebab kawasan bonsai itu memang terkenal dengan keseraman dia. Aku jalan perlahan-lahan dan ternampak ada seekor burung warna kuning di atas tanah. Burung itu tak terbang tetapi berjalan di depan aku. 
Aku ingat kalau aku melangkah dia kan terbang. Tetapi bila melangkah setapak, dia pun melangkah setapak juga sambil pusing ke belakang menghadap aku. Aku dah naik takut sebab burung itu follow aku lama sehinggalah aku pintas dia, tetapi dia masih tak terbang, dia berada di tepi trek saja. 
Waktu itu aku dah mula terfikir benda yang bukan-bukan. Aku fikir burung itu nak bawa aku pergi ke alam lain. Alhamdulillah setengah jam selepas itu aku bertembung dengan kawan aku di depan. Syukur sangat. 
Setakat ini saja yang aku ingat tentang Gunung Tahan. 
Sumber: Lee Sakura

Sumber : TheReporter