Suka Makan Ais Macam Makan Keropok Antara Sindrom Pica

Kalau kita perasan, mungkin ada diantara kita yang suka makan ais macam makan keropok. Tanpa kita sedar, sebenarnya perbuatan kita itu menjurus kepada tanda-tanda sesuatu sindrom. Bukan kita tidak ambil tahu, tetapi kita merasakan itu adalah perbuatan biasa dan ramai lagi yang menunjukkan tanda yang sama.

Sumber Google: www.fatherly.com

Mungkin ada yang makan benda yang tidak berbahaya seperti ais, dan ada pula yang makan benda berbahaya seperti sabun. Boleh dikatakan mereka akan makan benda yang orang lain tidak makan. Simptom ini sering berlaku dalam golongan kanak-kanak dan wanita hamil. Separuhnya mengalami simptom ini hanya seketika dan ada juga sehingga dewasa.

Antara gejala yang akan dialami oleh pesakit ialah mereka akan makan sesuatu itu secara berkala dalam tempoh sebulan contohnya makan rambut, sabun, tanah liat, butang, pasir, tanah, abu rokok, gam dan cat. Setiap bahan yang dimakan itu mempunyai nama yang saintifik seperti.

  • Geofagia ( Tanah & Tanah Liat)
  • Hyalophagia (Kaca)
  • Lithophagia (Batu)
  • Pagophagia (Ais)
  • Trichophagia (Rambut)
  • Xylophagia (Kayu @ Kertas)
Sumber Google: www.healthline.com

Walaupun punca penyakit ini tidak dapat diklasifikasi secara tepat, tetapi dalam beberapa kes menunjukkan kekurangan zat besi dan juga nutrien merupakan antara punya yang menyebabkan seseorang disahkan terkena penyakit Pica. Bagi mereka apa yang mereka makan tersebut sedap dan boleh membuat mereka kenyang. Sesetengah tempat merasakan makan tanah liat itu perkara biasa tetapi di Malaysia ia telah menjadi sesuatu yang pelik atau boleh memudaratkan badan.

Tiada alat khas yang dapat mengesan penyakit ini selain anda berjumpa doktor dan menceritakan keadaan yang anda atau anak alami supaya dapat dikesan dengan lebih cepat. Bagi mengesahkan lagi penyakit tersebut, doktor akan melakukan ujian darah untuk melihat kandungan nutrien dalam tubuh kerana kekurangan nutrien seperti anemia boleh menjadi salah satu punca berlakunya Pica.

Tentunya penyakit ini memberikan kesan kepada tubuh anda sekiranya makan benda yang bukan makanan seperti kaca dan pasir. Pesakit akan mengalami keracunan makanan, jangkitan parasit, dan usus tersumbat. Keadaan ini akan mendatangkan bahaya kepada pesakit sekiranya dibiarkan dalam satu jangka masa yang lama.

Sumber Google: www.reddit.com

Doktor akan memberikan rawatan berdasarkan kesan yang diterima oleh pesakit. Sekiranya mereka menghidapi Pica disebabkan oleh kekurangan nutrien, pakar akan memberikan ubat khas yang boleh meningkat kadar nutrien dalam tubuh pesakit manakala pesakit yang mengalami jangkitan pula akan diberikan ubat untuk membunuh kuman-kuman yang terdapat dalam usus.

Bagi ibu bapa atau pun sesiapa di luar sana yang merasakan mereka mempunyai tanda-tanda sebegini perlulah mendapatkan rawatan sebelum ia mendatangkan mudarat kepada tubuh badan anda. Nasihat dan ubat-ubatan daripada doktor mungkin dapat menyembuhkan anda daripada Pica.

Sumber: healthlinenationaleatingdisordersnewportacademy

Sumber : SiakapKeli