Bayi ‘Ajaib’ Ditemui Terapung Dan Selamat Selepas Dicampak Bapa Ke Dalam Kolam

Seorang bayi perempuan berumur enam bulan ditemui selamat dan terapung selepas dicampak oleh bapanya sendiri ke dalam sebuah kolam di barat laut Missouri, Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa di Missouri menyedari insiden tersebut selepas bapa bayi berkenaan, Jonathon Zicarelli, menyerah diri di balai polis berdekatan dan mengaku baru sahaja mencampak anak perempuannya ke dalam tasik berikutan rasa tertekan sempena hari Krismas yang bakal menjelang selain mahu memudahkan kerja isterinya.

Image result for Jonathan Zicarelli throw baby

Sejurus itu, pihak berkuasa segera ke lokasi kejadian dan bayi tersebut ditemui dalam keadaan terapung di tengah kolam, mulutnya di penuhi rumput, lumpur di matanya dan air memenuhi paru-parunya selepas berada di dalam kolam itu kira-kira selamat 10 minit.

Menurut kenyataan polis, ketika diselamatkan, bayi tersebut kelihatan seperti anak patung yang berada dalam ketakutan.

Pegawai di tempat kejadian melepaskan baju seragam mereka untuk membungkus bayi perempuan itu sebelum menghantarnya ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Bapanya kini ditangkap dan berada di dalam penjara atas kesalahan mencederakan anaknya dengan sengaja.

Sumber: Mirror

Sumber : SiakapKeli