Ibu Ngeri Tengok Rahang Anak Pecah, Gigi Bersepai Gara-Gara ‘Vape’ Meletup Dalam Mulut

Seorang ibu memberi amaran kepada pengguna vape selepas ianya meletup didalam mulut anaknya sehingga memecahkan rahang dan meleraikan puluhan gigi.

Mailan Kerin memberitahu anaknya, Christopher untuk menghentikan tabiat merokok dan menghisap vape.  Namun, amaran itu tidak diendahkan sehinggalah dia mendapat panggilan daripada suaminya.

“Kita perlu pergi ke Oschner, muka Christopher meletup.”

“Doktor cuba mengawal pendarahan, ada darah diseluruh mukanya dan doktor turut bertanya jika dia masih mempunya lidah. Dia menggangguk ya,” kata Kerin.

“Saya tak boleh tengok muka dia seperti itu.”

Menurut laporan media, Christopher kini sedang menunggu pembedahan rekonstruktif dan kehilangan berat badan yang banyak kerana hanya boleh menelan cecair.

Christopher dikatakan menggunakan vape jenama V***.  Walau bagaimanapun, pemilik syarikat vape berkenaan memberitahu bahawa kerosakkan yang dialami Christopher mungkin disebabkan oleh bateri yang sudah rosak.

Sumber: Fox

Sumber : SiakapKeli