Tabiat Aneh Suka Hidu Stokin Busuk Jadi Punca Lelaki Ini Alami Jangkitan Kulat Pada Paru-Paru

Seorang lelaki di China mungkin menyesali tabiat buruknya yang gemar mencium stokin busuk setiap kali pulang daripada kerja selepas disahkan menghidapi jangkitan kulat pada paru-parunya.

Akibat daripada perbuatan anehnya itu, lelaki berkenaan terpaksa ditahan di hospital selepas mengalami batuk yang teruk. Hasil keputusan x-ray mengesahkan paru-paru pemuda daripada bandar Zhangzhou mengalami jangkitan kulat yang teruk.

Nasib lelaki tersebut yang namanya tidak didedahkan bagaimanapun tidak diketahui sama ada sudah kembali sembuh ataupun perlu menjalani rawatan tambahan.

Kaki manusia yang mengeluarkan bau busuk akibat berpeluh ketika memakai stokin memang sudah diketahui bagaimanapun tabiat pelik mencium bau stokin busuk tidak pernah dilaporkan secara meluas sebelum ini.

Ketika menghidu stokin busuk, spora kulat yang wujud pada stokin tersebut boleh tersedut masuk ke paru-paru melalui hidung dan meninggalkan kesan buruk kepada penghidunya.

Laporan media menyebut bahawa seorang gadis di Amerika Syarikat yang berusia 21 tahun sanggup membelanjakan wang bagi membeli stokin busuk daripada orang awam untuk melepaskan ketagihan menghidu stokin busuk yang dialaminya.

Sumber : Metro UK

Sumber : SiakapKeli