Huawei Mate 10 Dan Mate 10 Pro Kini Boleh Dikemaskini Dengan Android 9.0 Pie

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan penawaran EMUI 9.0 untuk Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro yang akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini.

EMUI 9.0 adalah berasaskan kepada Android 9.0 Pie yang mana hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk sokongan pembelajaran mesin untuk pengoptimasian bateri dan pencahayaan skrin. EMUI 9.0 juga turut menawarkan sokongan kawalan berasaskan gesture, selain menawarkan prestasi yang lebih lancar berbanding versi sebelum ini.

Huawei turut menyertakan GPU Turbo 2.0 yang menawarkan prestasi grafik lebih baik bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang menggunakan kedua-dua peranti ini, boleh menyemak kemaskini ini dengan ke halaman Settings > System > Software Update.

Sumber : Amanz