Huawei Mate 20 Pro Versi 8GB RAM + 256GB Storan Berharga RM3999 Di Malaysia

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan secara rasminya penawaran Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM dan storan sebesar 256GB untuk pasaran tempatan. Ia akan ditawarkan secara rasminya bermula 22 Disember ini pada harga RM3999.

Huawei Mate 20 Pro

Huawei Mate 20 Pro hadir dengan cip Kirin 980, skrin bertakuk yang dilengkapi pengimbas cap jari, dan menyertakan sokongan kad NM untuk memperluaskan storan. Telefon pintar ini turut menyertakan sokongan pengecasan nirwayar, selain kebolehan pengecasan pantas berwayar 40W.

Bagi anda yang membeli versi 8GB RAM, anda akan turut menerima pengecas nirwayar untuknya secara percuma. Anda yang berminat untuk mendapatkan Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM ini bermula penghujung minggu ini melalui kedai Huawei dan juga melalui Lazada.

Sumber : Amanz