TRON Akan Tamatkan Perkhidmatan Telekomunikasi MVNO Pada 17 Januari 2019

TRON merupakan salah satu perkhidmatan telekomunikasi berasaskan MVNO yang telah ditawarkan sejak beberapa tahun lepas. Walaubagaimanapun, kini, mereka melalui laman rasmi mengumumkan yang mana akan menghentikan perkhidmatan telekomunikasi MVNO mereka bermula 17 Januari 2019 kelak.

TRON mengatakan mereka memilih untuk menghentikan penawaran ini kerana penamatan kontrak dengan Digi.

TRON

Bagi pengguna TRON sedia ada, anda digalakkan membuat pertukaran kepada syarikat telekomunikasi lain dalam mengekalkan nombor telefon. TRON juga akan memberikan pengguna pilihan sama ada untuk mengekalkan perkhidmatan sedia ada dan nombor ke syarikat telekomunikasi lain, atau kepada pihak yang bekerjasama dengan TRON. TRON juga turut memberikan pilihan untuk menamatkan perkhidmatan, dan mereka menawarkan pulangan wang kembali.

Sekiranya pelanggan tidak memilih sebarang pilihan untuk berpindah sebelum 17 Januari 2019 kelak, maka semua pelanggan berkenaan akan dipindahkan kepada pihak Digi tanpa sebarang notis.

Bagi anda yang melanggan TRON, boleh menyemak laman rasmi mereka hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penutupan perkhidmatan mereka ini.

Sumber : Amanz