OnePlus 6T Sekadar Menerima Skor DXOMark Sebanyak 98 Sahaja

DXOMark mungkin bukan suatu nama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna yang gemarkan kamera. Mereka sering hadir dengan skor penand-aras untuk kamera dan sokongan fotografi, dan terkini telah pun mengeluarkan skor untuk OnePlus 6T.

Secara keseluruhan, OnePlus 6T hanya menerima skor sebanyak 98 sahaja. Menurut pihak DXO, OnePlus 6T menawarkan sokongan autofokus yang baik, selain menawarkan rakaman yang cantik pada pelbagai keadaan berbeza. Walaubagaimanapun, terdapat pewarnaan yang tidak konsisten pada rakaman High Dynamic, selain sedikit kabur pada rakaman zoom.

Untuk rakaman video, ia turut dikatakan menawarkan rakaman autofokus yang pantas, selain penstabilan yang efisien.

OnePlus 6T, walaupun menerima skor yang baik, tetapi ia masih dibelakang pelbagai telefon pintar mercu lain untuk tahun 2018 – termasuk dibelakang Xiaomi Mi8, Galaxy S9 Plus, dan iPhone XR.

Sumber : Amanz