(Video) Dendam kena gigit, lelaki dera anjing dengan taser gun, paksa makan wasabi

Seorang lelaki yang meraih keuntungan dengan menyiarkan video live dirinya mendera seekor anjing telah ditangkap dan nama serta wajahnya didedahkan kepada umum, Daily Mail.
Qiu Hengqing, 30, menyiarkan video penderaan itu secara live menunjukkan anjing direnjat dengan pistol elektrok, diletak dalam peti sejuk beku dan dipaksa makan wasabi dan minum alkohol. 
Aktivis Haiwan di bandar Qingzhou, Shandong, menubuhkan satu kumpulan dan berjaya menyelamatkan tiga ekor anjing selepas berjaya menjejak lokasi suspek. 
Difahamkan, rakaman video secara live itu disiarkan di laman sosial tempatan di mana setiap individu yang berminat untuk menontonnya perlu membayar 80 yuan (RM) dan 120 yuan (RM) untuk akses ke group tertutup di mana dia Qiu akan memuat naik video baru setiap hari. 
Ketika siaran langsung itu, Qiu juga menerima tips dari pengikut dan ahlinya. 
Salah satu video menunjukkan seekor anjing menyalak kesakitan apabila direnjat dengan pistol elektrik di bahagian leher. Anjing malang itu juga dipaksa menelan wasabi. 
Kira-kira 10 aktivis menyerbu kediaman Qiu pada Isnin lalu selepas berjaya menjejakinya dan menyelamatkan tiga ekor anjing malam itu. 

Salah seorang daripada aktivis itu berkata, Qiu berbuat demikian kerana dia telah digigit salah seekor dari anjing itu. Lalu merancang untuk membalas dendam dengan perbuatan yang kejam. 

Qiu mengakui perbuatannya itu salah dan meminta maaf di atas tindakannya itu. Malah dia bersumpah akan memotong tangannya sekiranya dia mengulangi perbuatan itu lagi. 

“Kami berharap lelaki itu berpegang kepada janjinya dan tidak lagi mendera anjing atau apa jua haiwan sekalipun,” kata Keith Guo.

Sumber : TheReporter