Kejam, Paksa Makan Wasabi, Dijerut Leher Dan ‘Ditaser’, Lelaki Ini Buat Duit Dengan Menyiksa Anjing

Seorang lelaki di China yang menjadikan aktivitinya menyeksa haiwan seperti anjing sebagai sumber untuk menjana pendapatan mendapat padah apabila identiti dan namanya didedahkan aktivis haiwan kepada awam.

Qiu Hengqing, 30, membuat duit dengan memuat naik videonya menyiksa anjing-anjing tersebut dengan cara ‘taser’, menyumbat di dalam peti sejuk selain memaksa haiwan tersebut memakan wasabi serta minum minuman beralkohol.

Sebuah badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti perlindungan terhadap haiwan kemudian menubuhkan satu pasukan dan berjaya mengesan lelaki tersebut serta menyelamatkan anjing-anjing yang menjadi subjek penderaannya sebelum ini.

Semua klip video aktiviti penyiksaan tersebut dimuat naik ke akaun media sosial miliknya yang menggunakan paltform Tencent dan Baidu.

Setiap netizen yang berminat untuk menyertai kumpulan tertutup tersebut, perlu terlebih dahulu membayar yuran akses diantar 80 – 120 Yuan (RM 48 – 72). Qiu juga dilaporkan menerima tip daripada para penontonnya setiap kali memuat naik video penyiksaan tersebut.

Salah satu video yang dimuatnaik oleh Qiu menunjukkan seekor anak anjing menyalak dengan kuat akibat dijerut dan dicekik lehernya manakala seekor lagi ditembak dengan taser gun serta dipaksa makan wasabi.

Menurut laporan Dailymail, lokasi Qiu beroperasi diserbu sekurang-kurangnya 10 orang aktivis haiwan yang turut membawa kain rentang yang tertera ”Penzalim anjing Qiu Hengqing, darah dibalas dengan darah”.

Qiu dikatakan bertindak menyiksa haiwan-haiwan tersebut kerana berdendam pernah digigit anjing suatu ketika dahulu.

Ketika diserbu, Qiu berjanji untuk tidak lagi meneruskan perbuatan zalimnya dan akan memotong tangannya sendiri sekiranya dia ditangkap mengulangi perbuatan tersebut.

”Kami berharap Qiu mengotakan janjinya sendiri dan tidak lagi menyiksa anjing atau mana-mana haiwan.

”Mana-mana individu yang mendera haiwan untuk mendapatkan keuntungan atau bergembira kerana ingin membalas dendam perlu dihentikan.

”Pada masa yang sama kami berharap syarikat penyedia platform media sosial supaya lebih peka dan tidak membenarkan kandungan sebegitu dimuat naik,” kata aktivis.

Sumber : Dailymail

Sumber : SiakapKeli