Keanu Reeves berminat lakonkan watak Wolverine dalam filem X-Men

Sementara itu di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi mengenainya di mana rata-rata berminat untuk melihat Keanu memegang watak Wolverine yang kelihatan ganas itu. 
“Saya rasa dia akan berjaya melakonkan watak itu. Mungkin dari segi badan Keanu tidak dapat menandingi Hugh, tetapi dari segi mutu lakonan, dia pasti berikan yang terbaik,” kata netizen. 
Namun ada segelintir peminatnya bimbang kerana dalam kebanyakan filem yang dibintangi oleh Keanu, amat jarang sekali mereka dapat menyaksikan wajah amarahnya.

Sumber : TheReporter