113 Bilion Muat Turun Aplikasi Dan Lebih RM317 Bilion Habis Pada Aplikasi Berbayar Sepanjang 2018

Dua kedai aplikasi yang popular untuk telefon pintar adalah Google Play Store dan Apple App Store. Kedua-dua kedai aplikasi ini mempunyai berjuta-juta aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma ataupun yang boleh dibeli.

Menurut sebuah syarikat firma App Annie, jumlah aplikasi yang telah dimuat turun dari Januari 2018 sehingga 15 Disember 2018 adalah sebanyak 113 bilion muat turun. Jumlah ini dikatakan adalah peningkatan sebanyak 10% dari jumlah muat turun tahun 2017. Kemudian, untuk aplikasi yang berbayar – tahun 2018 sahaja sudah melebihi RM317 bilion dibelanja. Jumlah ini pula adalah peningkatan sebanyak 20% berbanding tahun 2017.

RM317 bilion yang dibelanja ini kebanyakannya adalah dihabiskan pada permua. Bercakap semula dengan jumlah muat turun aplikasi, Facebook Messenger memegang takhta yang pertama aplikasi yang paling banyak dimuat turun. Kemudian ia diikuti oleh Facebook, WhatsApp, TikTok di tempat keempat dan Instagram di tangga yang kelima. Permua pula, Helix Jump adalah juara, Subway Surfers tempat kedua dan PUBG Mobile yang ketiga.

App Annie turut menyatakan, sejak 2018 kebanyakan pengguna menghabiskan masa selama 3 jam pada aplikasi telefon pintar. Pembaca di Amanz bagaimana? Adakah anda banyak muat turun aplikasi atau berbelanja ke atas perkara yang digital? Untuk masa adakah anda habiskan 3 jam pada aplikasi atau 3 jam untuk ibadah?

Sumber : Amanz