Akhirnya Oxygen OS Open Beta Hadir Untuk OnePlus 6T

OnePlus 6T adalah peranti OnePlus pertama dalam sejarah OnePlus yang tidak mesra pembangun. Tetapi hanya untuk sementara waktu. Ini kerana, OnePlus ingin menambahbaik sokongan pembangun ini terlebih dahulu. Kemudian, OnePlus 6T juga merupakan antara peranti OnePlus yang lambat menerima kemaskini beta sistem operasi mereka Oxygen OS, walaupun peranti ini adalah peranti yang baru.

Akhirnya, Oxygen OS Open Beta 1 boleh dimuat turun untuk dicuba oleh pengguna OnePlus 6T sedia ada. Changelog pada Oxygen OS beta ini adalah sama seperti Oxygen OS Open Beta 9 untuk OnePlus 6 yang telah kami tulis sebelum ini. Ia memfokuskan pengguna iPhone yang ingin berhijrah kepada OnePlus dengan kemampuan pemindahan data iPhone ke OnePlus dengan mudah. Selain itu, ia turut hadir dengan tampalan sekuriti bulan Disember 2018 dan lain-lain.

Kemaskini ini bersaiz 1.63GB sahaja dan bagi yang ingin mencuba boleh muat turun melalui pautan di bawah. Selepas pemasangan, jika di masa hadapan kemaksini beta baru hadir, ia boleh dikemaskini melalui OTA sahaja.

Muat Turun Oxygen OS Open Beta 1 Untuk OnePlus 6T

Sumber : Amanz