Ibu Tiri Durjana, Anak 6 Tahun Cedera Parah, Diikat Kemaluan, Disimbah Air Panas Dan Dipaksa Minum Clorox

Walaupun hanya bergelar ibu tiri, tetapi selayaknya seorang ibu itu mempunyai sifat kasih sayang terhadap anak-anaknya. Tetapi sebaliknya berlaku apabila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun menjadi mangsa penderaaan ibu tirinya.

Wanita yang dikenali sebagai Xiao, dituduh bertindak kejam dengan  menyimbah air panas di kemaluan kanak-kanak itu, Hu, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius dalam kejadian yang berlaku di daerah Haixing, Hebei, China.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dikatakan telah mengikat kemaluan mangsa dengan gelang getah sepanjang malam malah memaksanya menelan duit syiling serta meminum air peluntur.

Xiao itu kini ditahan dan disiasat polis selepas Hu dibawa ke hospital pada 16 Disember lalu oleh ahli keluarganya yang lain kerana melecur di anggota badan akibat perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan wanita itu.

Hu yang berusia 6 tahun kini dirawat di hospital – AsiaWire/Dailymail UK

Lebih teruk, perlakuan itu didakwa turut dibantu oleh anak kandungnya iaitu kakak tiri kepada mangsa. Menurut laporan media tempatan, kakak tirinya melucutkan seluar dan seluar dalam Hu sebelum Xiao menuang air panas di kemaluannya.

Dia kemudian mengadu tentang perlakuan ibu tirinya itu kepada ahli keluarga lain bahawa wanita itu turut memaksa dia minum air peluntur dan menggunakan putik kapas bagi mencucuk telinganya.

AsiaWire/Dailymail UK

Pada awalnya, sewaktu Hu di hospital dia tidak menjelaskan kepada mereka bagaimana dia boleh mendapat kecederaan itu. Namun, dua hari kemudian apabila Xiao tiada di wad hospital, Hu mula mendedahkan perbuatan ibu tirinya itu kepada ibu saudaranya.

Menurut bapa saudara mangsa, bapa Hu berkahwin dengan Xiao dua tahun lalu dan kedua-dua mereka sebelum itu pernah berkahwin kemudian bercerai.

Polis yang menerima laporan daripada datuk mangsa kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sumber : Dailymail UK

Sumber : SiakapKeli