(Video) ‘Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok’ – Bapa

Susulan dikecam bertalu-talu oleh netizen berikutan media mendedahkan nama sebenarnya, Sajjad atau panggilan komersialnya, ‘Sajat’, mengadu kepada ibu bapanya. 

Dalam video yang dimuat naik 10 jam lalu di Instagramnya, Muhammad Sajjad datang menghampiri ibunya di dapur merengek seperti keanak-anakan kecewa dirinya dikecam netizen. 
Namun, ibunya menegaskan Sajjad adalah perempuan dan dia lebih mengetahui perkara itu kerana dia yang melahirkan Sajjad. 
“Mak yang lahirkan Sajat, mak yang mengandungkan Sajat, apa nak pedulikan diorang? 
“Banyak sangat cakap, nampak cili ni? Cili padi kampung ni ha kalau kena mulut orang mengata tu ha,” kata ibunya. 
Turut bersama dalam video itu, bapa Sajjad, yang menegaskan Sajjad adalah perempuan, bukannya lelaki seperti yang didakwa. 
‘Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok. Sekali imbas je boleh,” seloroh bapanya membuatkan Sajat dan ibunya ketawa. 
Menurut Sajjad, dia dan keluarganya memang rapat dan sering mengadu masalah yang dihadapinya dengan mereka. 
“Orang luar takkan faham apa kita rasa. Hanya mak dan ayah sahaja yang tahu siapa anak dia. Bukan wartawan, bukan orang luar. 
“Ini mak saya, mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya. Mak saya kata saya khunsa. 
‘Saya sedih orang dok hina-hina saya. Bukan saya nak jadi macam ini. Siapa nak dilhairkan serba kekurangan.
“Alhamdulillah keluarga saya dan adik beradik saya sentiasa bersama saya. Bila berlaku macam ni, keluarga tetap support saya. Biarlah orang hina kita, keji kita, bercakap macam-macam pasal kita. 
“Mereka kenal kita di media sahaja, bukan dia tahu Sajat siapa! Tak apa Sajat, mak ayah ada, orang nak kata apa, katalah. Yang penting mak ayah saya tahu saya siapa. Saja buat saja kerja Sajat. Jaga anak, perniagaan dan diri. Fokus berniaga. Kita susah pun orang mengata. Asalkan Sajat tak ada tipu duit orang,” tulisnya di Instagram. 

Sumber : TheReporter