Pemain Bass Band Seventeen Sah Meninggal Dunia, Catatan Terakhir Bani Buat Netizen Sebak

Sehingga kini, angka korban tsunami di Anyer, Banten terus meningkat kepada 62 orang sementara 584 orang lagi dilaporkan cedera.

Bencana ini turut memberi kesan kepada peminat band pop popular Indonesia yang turut terlibat apabila dirempuh tsunami kuat ketika sedang membuat persembahan di salah sebuah resort di sana.

Vokalis kumpulan itu sebelum ini meminta agar rakyat berdoa semoga menemukan ahli kumpulan lain dan isterinya yang hilang dalam bencana tersebut.

Walau bagaimanapun, setakat ini, pemain bass dan pengurus mereka telah pun disahkan meninggal dunia manakala yang lain-lain masih tidak ditemui.

Kisah M Awal Purbani, pemain bass kumpulan tersebut mendapat perhatian netizen apabila status terakhirnya di Instagram seperti menunjukkan tanda-tanda ingin pergi sekaligus mengundang sedih peminatnya.

Sumber : SiakapKeli