Kemaskini iOS 12.1.2 Pula Mengakibatkan Masalah Sambungan Selular Pada Sesetengah Pengguna

Kemaskini iOS 12.1.2 diberikan minggu lalu bagi menyelesaikan masalah selular pada pengguna di Turki serta mengubah animasi menutup aplikasi kepada pengguna di China. Menurut laporan Forbes, ia kini menyebabkan masalah sambungan selular kepada pengguna di Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara.

Pengguna mengeluh peranti mereka langsung tidak mendapat sebarang capaian selular. Segelintir pula melaporkan tidak boleh bersambung kepada rangkaian WiFi. Apple masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai isu ini. Secara peribadi kami tidak menyedari sebarang masalah selular selepas mengemaskini. Masalah ini hanya berlaku pasca kemaskini iOS 12.1.1 yang lalu. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz?

Sumber : Amanz