PlayStation 4 Slim 500GB Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM899

Sony PlayStation 4 merupakan salah satu konsol yang popular dan dimainkan ramai secara aktif di seluruh dunia. Dengan kehadiran beberapa variasi baru PlayStation 4, termasuk PlayStation 4 Pro, versi lama konsol berkenaan dilihat mula ditawarkan pada harga lebih rendah.

PlayStation 4 Slim

Terkini, melalui Shopee, pihak MaxGame menawarkan Sony PlayStation 4 500GB versi SLIM pada harga RM899 – dan boleh dikatakan antara yang terendah di pasaran.

Versi yang ditawarkan adalah CUH-2000, hadir dengan memori 500GB, serta jaminan Sony selama dua tahun. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui Shopee hari ini.

Sumber : Amanz