Guna Huawei P20 Atau P20 Pro? Muat-Turun Kemaskini EMUI 9.0 Hari Ini

Huawei telah pun sedia menjanjikan penawaran kemaskini EMUI 9.0 berasaskan kepada Android 9.0 Pie untuk sejumlah pengguna peranti mereka. Kini, selari dengannya, kemaskini berkenaan telah mula diperkenalkan untuk pengguna Huawei P20 dan juga Huawei P20 Pro bermula hari ini.

Huawei P20 Pro

Kemaskini baru ini menawarkan sokongan kawalan berasaskan gesture, dilengkapi pengoptimasian penggunaan bateri, dilengkapi integrasi pembelajaran mesin untuk sejumlah perkara, termasuk pengenalan GPU Turbo 2.0.

Bagi anda yang menggunakan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro, anda boleh menyemak kemaskini perisian pada peranti anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang hadir ini.

Sumber : Amanz