Telegram Memperkenalkan Ciri Mengundi Di Dalam Kumpulan

Telegram ialah aplikasi pemesejan alternatif bagi mereka yang mungkin kurang menggemari WhatsApp. Ramai yang mengatakan aplikasi ini lebih terbuka, mempunyai lebih banyak fungsi dan tidak berkongsi data dengan Facebook. Beberapa hari yang lalu mereka mengumumkan ciri mengundi di dalam kumpulan.

Dengan fungsi ini adalah lebuh mudah mengumpul maklum balas di dalam kumpulan menerusi proses yang lebih demokratik. Undi yang dibuang adalah secara awanama buat masa ini. Undi juga boleh dipin ke bahagian atas kumpulan bagi memudahkan kesemua ahli melihatnya. Selain itu aplikasi juga telah dikemaskini bagi memudahkan carian imej menggunakan web pada aplikasi iOS.

Sumber : Amanz