Samsung Berkongsi Senarai 24 Peranti Serta Tarikh Kemaskini Android Pie Akan Diberikan

Sebilangan kecil pengguna Samsung Galaxy S9 dan S9+ mula menerima kemas kini ke Android Pie semalam. Ini bermakna pengguna di Malaysia berkemungkinan besar akan menerimanya pada bulan Januari seperti yang dijanjikan oleh Samsung sebelum ini. Senarai lengkap peranti dan tarikh kemas kini akan diterima telah dikongsi oleh Samsung menerusi aplikasi Samsung Members.

Hanya 24 telefon pintar dan tablet disenaraikan untuk menerima Android Pie. Samsung Galaxy S7 tidak termasuk kerana sudahpun melangkaui tempoh 24 bulan yang dijanjikan. Galaxy Note 9 pula akan menerimanya bermula Februari, lewat sebulan dari tarikh asal.

Mengecewakan di sini ialah terdapat peranti seperti Galaxy Tab S3 yang hanya akan menerimanya pada bulan Oktober, lebih sebulan selepas Android Q dijangka dilancarkan. Adakah peranti anda ada di dalam senarai rasmi Samsung ini?

Sumber : Amanz