‘Dulu RM5, sekarang RM7, tepung je lebih’ – Netizen komplen ayam Uncle Bob mahal, ada yang caj sampai RM10

“Ayam Uncle Bob pasar malam tempat aku dulu RM5. Sekarang RM7, ayam tak membesar, tepung je lebih. 

“Tak nak panggil ‘Uncle’ dah, lepas ni panggil ‘Bob’ je. Hilang hormat sebab marah,” demikian tweet dari Ateng Sepet yang juga mendapat perhatian ramai netizen. 


Tidak dinafikan kesedapan ayam Uncle Bob, namun harga terkininya dianggap tidak berbaloi oleh netizen di mana harga bagi ‘sekeping’ ayam itu dah jadi seperti harga sekilo ayam, sedangkan harga ayam kini murah tetapi harganya tetap dinaikkan.
“First beli RM5 saja. Sekarang sekeping ayam itu dah jadi harga sekilo ayam.” – @alissaziz
“Acah-acah boneless tapi tak larat nak kunyah, asyik kena tulang saja,” – @zaxzamir
Selain itu, ada beberapa netizen juga turut memaklumkan harga ayam gunting di tempat mereka dikenakan caj RM10.
“Baik beli seekor ayam dalam RM10, boleh buat sendiri ayam goreng pedas. Ayam Uncle whatever ni nak cepat kaya kutt.” – @zolzzeeiichi
“Aku syak sekarang diorang guna ayam kayangan kot si Uncle Bob dah RM7 dah. Kalau kat Alor Setar dah RM9. Mungkin ayam Perlis Indera Kayangan kot?” – @aqilhxmdix. 

Sumber: Ateng Sepet

Sumber : TheReporter