Xiaomi Play Di China Ditawarkan Dengan Data Internet 10GB Sebulan Percuma Selama Setahun

Xiaomi Play dilancarkan Isnin yang lalu dengan cip MediaTek P35. Peranti kelas pertengahan ini dijual pada harga amat mampu milik RMB 1099 (~RM666) sahaja. Tetapi paling menarik sekali ialah pembeli peranti ini di China turut menerima data Internet sebanyak 10GB sebulan selama setahun. Ini menjadikannya setahu kami peranti pertama yang ditawarkan dengan pakej Internet percuma.

Xiaomi menawarkan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi boleh dinikmati pengguna sehingga mencapai kuota 10GB menerusi eSIM terbina. Selepas itu penggunaan data di antara 10-20GB akan dihadkan pada kelajuan 1Mbps. Penggunaan data melangkaui 20GB pula akan dihadkan pula pada kelajuan maksimum 256kbps.

Sumber : Amanz