Peguam Ini Jelaskan Kenapa Kes Muhammad Adib Masih Belum Ada Suspek Yang Diberkas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika artikel ini ditulis, sudah genap 9 hari Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pergi meninggalkan kita. Pemergian Muhammad Adib ditangisi seluruh negara dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Adib dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas didakwa dibelasah sekumpulan lelaki ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dan kesihatannya mula merosot yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir 17 Disember yang lalu.

Ketika arwah Muhammad Adib masih dirawat di IJN, kes ini disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaiu cubaan membunuh dan selepas mangsa meninggal dunia PDRM menerusi kenyataan Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak polis masih belum membuat sebarang penangkapan dan sudah ada beberapa pihak mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segerakan penyiasatan kes ini. Pada 25 Disember (semalam), Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Masyarakat Malaysia (GERAS) menganjurkan perhimpunan aman yang menuntut keadilan Muhammad Adib yang diadakan di Masjid Bandar Diraja, Klang.

Dalam tuntutan keadilan itu, tampil seorang peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff menjelaskan kenapa masih belum ada penangkapan yang dibuat dan bagaimana pihak polis boleh mendakwa suspek di mahkamah. Berikut adalah kenyataan Mohd Redzuan tentang kes Muhammad Adib Mohd Kassim.

Mahkamah tak mengadili berdasarkan bangsa. Seorang Mak Nyah kena belasah sampai mati pada 12/12/2018. Dalam 2 minggu, saspek berjaya ditangkap, direman, disiasat dan dituduh. Laju kan? Ye, kebanyakan kes jenayah di Malaysia, PDRM berjaya tuduh dalam tempoh yang cepat.

Apa yang polis perlukan untuk tuduh? Bukti, saksi, pengakuan. Aku pernah jumpa kes yang ada pengakuan tapi tak tuduh pun. Sebab bukti dan saksi bercanggah dengan pengakuan.

Kenapa ada pengakuan tapi tak pakai? Kerana di mahkamah, OKT akan ditanya sekali lagi sama ada dia mengaku atau tak. Jawapan di mahkamah tu yang laku. Jawapan dengan polis hanya bersifat siasatan, tak laku di mahkamah.

Bila mengaku di hadapan Hakim atau Majistret, hukuman akan terus dijatuhkan. Ada proses rayuan untuk kurangkan hukuman, tapi kena buat posting lain la untuk tu.

Kalau tak mengaku salah, mahkamah akan mulakan proses pengurusan kes untuk dapatkan laporan-laporan pakar, serahan dokumen, lantikan peguam dan sebagainya. Dah selesai semua, baru tetap tarikh bicara.

Berapa lama proses pengurusan ni? Ikut kes. Ada yang sampai setahun. Ada yang 3 bulan. Tak semua kes sama. Lepas tu baru bicara. Panjang weyh. Lebam kaki ulang alik naik mahkamah. Bila bicara, segala bukti-bukti yang polis jumpa, saksi-saksi akan dinilai secara maksimum oleh mahkamah.

Bukti mana boleh pakai, bukti mana tak boleh. Kenapa boleh, kenapa tak boleh. Saksi mana betul, saksi mana was-was. Semua undang2 ni, termasuk tatacara nak nilai bukti dan saksi ni wujud secara bertulis. Dah wujud lama. Benda ni bukan kau goreng sesedap rasa macam kau goreng bos kau bila kerja tak siap atau kantoi mengular.

Undang-undang bertulis ni akan menjadi garis panduan dalam menilai semua hal dalam perbicaraan. Ingat, saspek dan OKT masih tidak bersalah hingga didapati bersalah oleh Mahkamah.

Banyak kes Mahkamah lepaskan OKT atas pelbagai sebab. Semuanya melibatkan timbulnya keraguan kepada kes. Maknanya tak 100% pasti OKT yang buat.

Hanya orang yang 100% pasti bersalah boleh dihukum. Ini undang-undang jenayah. Kalau kau nak tau, dalam Islam pun gitu. Kena 100% pasti.

Kita masih belum tau kenapa mereka ni dapat ditangkap. Mungkin cctv, mungkin cap jari, mungkin perbualan whatsapp, mungkin ada yang bagi maklumat pada polis. Kita juga tak tau apa defence mereka.

Polis kita pun bukan calang-calang cara diorang nak dapat maklumat. Tapi bukan semua maklumat dia dapat tu betul. Ada yang saksi nak kenakan orang, ada saksi yang main tuduh je ikut mana yang sempat.

Akan ada yang kaitkan dengan kes2 lain. Tak mampu den nak address semua sekarang ni. Ya, mesti ada yang tanya kenapa tak dapat tuduh 4 orang yang kena tahan kes Allahyarham Adib.

Gini. Sampai sekarang, belum ada satu rakaman pun yang tunjuk siapa pukul. Ada banyak rakaman, tapi setakat kenderaan reverse, kemudian tiba2 ada video usung mangsa.

Accident adalah satu kebarangkalian yang terlalu tipis. Maklumat secara rasmi yang kita ada buat masa ni kes pukul. Disiasat sebagai kes bunuh. Dah tentu maklumat awal ni datang dari penilaian awal kepada kecederaan mangsa.

Jadi, antara beribu yang ada disitu, beratus yang dalam video, tak ada siapa pun boleh tunjuk muka-muka yang memukul. Itu masalah kita sekarang. Kalau ada saksi yang bg maklumat, mesti polis dah angkut. Jadi kita boleh andaikan hingga sekarang tak ada yang kedepan untuk bantu sebagai saksi.

Percayalah, IO kes, team-team siasatan jenayah di Selangor tengah teruk kena tekan dengan bos-bos untuk cari siapa yang buat.

Mungkin ada betulnya pendapat polis lambat tangkap. Tapi kalau nak tangkap awal, nak tangkap siapa? Nak sabit kes bunuh bukan boleh hanya sebab dia ada disitu. Itu nak sabit kes merusuh boleh la.

Oleh itu, siapa ada maklumat sila kedepan. Yang setakat acah2 nak buat itu ini, boleh lepaskan geram anda di ruangan komen. Free for all

Sumber : SiakapKeli