COLORFUL Melancarkan Siri SSD SL500 Dengan Kapasiti Storan Sebesar 2TB

COLORFUL ialah sebuah syarikat yang dikenali untuk siri kad grafik, papan induk dan juga storan dan memori untuk komputer desktop.

Baru-baru ini, syarikat tersebut telah melancarkan sebuah siri SSD baru yang dinamakan COLORFUL SL500 yang hadir dengan kapasiti storan yang sangat besar pada 2TB.

SSD SL500 ini hadir dalam rekaan 3.5 inci dan boleh dimuatkan bukan sahaja didalam komputer desktop, tetapi juga komputer riba bagi model-model yang mempunyai sambungan SATA III yang boleh digunakan.

Dengan storan SL500 yang bersaiz 2TB ini, pengguna boleh menyimpan pelbagai fail dan perisian di dalam komputer mereka tanpa perlu risau mengenai kekurangan storan dalam waktu terdekat. Dalam pada itu, penghantaran data dan pengaktifan perisian juga akan menjadi semakin pantas berbanding penggunaan cakera keras biasa.

Buat masa ini, pihak COLORFUL masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan mula menjual SSD SL500 ini, dan juga tanda harganya.

Sumber : Amanz