NGO Menyarankan Pengguna Berdaftar Menggunakan Cap Jari Sebelum Membuka Akaun Facebook

May 22, 2017

Media sosial kini digunakan majoriti penduduk di Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini serta menjadi laman jual beli yang mudah. Tetapi ia juga disalahgunakan untuk menyampaikan berita palsu yang boleh meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat. Oleh sebab itu Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (PPKMKL) menyarankan supaya kerajaan mengenakan syarat pengguna mendaftar cap jari terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuka akaun Facebook.

Ini menurut pandangan presiden mereka Hussen Zulkarai akan memastikan laman media sosial ini tidak disalahguna. Buat masa ini pengguna boleh berselindung di sebalik akaun palsu untuk menyebarkan berita palsu.

Sebuah saranan yang menarik cuma kami tidak tahu bagaimanakah ini akan dikuatkuasakan. Di negara seperti Vietnam sistem ini sudahpun digunakan bagi mengesan pengguna yang memuat naik kandungan yang mengkritik kerajaan. –Amanz

Article Tags:
· · · · · · · · · ·
Article Categories:
Berita · Isu Dalam Negara